Register User

RISALAH MAKLUMAT PESERTA DAN BORANG PERSETUJUAN atau KEIZINAN PESERTA

(untuk subjek dewasa dan penyelidikan intervensi)
1. Tajuk penyelidikan: Keberkesanan Aplikasi telefon pada Latihan Otot Lantai Pelvik untuk meningkatkan kawalan air kencing di kalangan wanita mengandung.
2. Nama Institusi and Nama Penyelidik: Dr Aida Jaffar, Unversiti Putra Malaysia
3. Nama Penaja: Unversiti Putra Malaysia
4. Pengenalan:
Inkontinens kencing atau terkucil bermaksud kehilangan kawalan pundi kencing, telah melibatkan kira-kira 423 juta atau 21.6% wanita seluruh dunia terutamanya di kalangan wanita Asia. Terkucil adalah perkara biasa semasa mengandung dan senaman otot lantai pelvik atau senaman kemut (Kegel) telah terbukti dapat membantu dalam keadaan ini.

Anda dijemput untuk menyertai kajian ini berdasarkan masalah terkucil yang anda hadapi. Aplikasi mudah alih yang baru dibangunkan bertujuan untuk membantu wanita mengandung dalam masalah terkucil. Aplikasi ini akan membantu pengguna dalam menilai masalah terkucil dan senaman otot lantai pelvik (senaman kemut).

Anda akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak ke dalam kumpulan intervensi (aplikasi telefon) atau kumpulan kawalan (senarai-tunggu). Kedua-dua kumpulan akan diberikan aplikasi telefon yang sama tetapi pada masa yang berbeza.

Kumpulan intervensi akan menerima rawatan sepanjang tempoh mengandung manakala kumpulan kawalan (senarai menunggu) akan menerima aplikasi tersebut semasa bulan ketiga berpantang.

Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Apakah tujuan penyelidikan ini dilakukan?
Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah memastikan keberkesanan senaman kemut melalui aplikasi telefon bagi merawat masalah terkucil. Penyelidikan ini diperlukan kerana senaman kemut telah ternyata dapat merawat dan mecegah masalah terkucil.

Sejumlah dianggarkan 370 peserta yang akan menyertai penyelidikan ini di Hulu Langat, Selangor. Penyelidikan ini akan berlangsung selama 20 minggu bermula kandungan 28 minggu sehingga 8 minggu selepas bersalin.

Anda akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak ke dalam kumpulan intervensi (aplikasi telefon) atau kumpulan kawalan (senarai-tunggu). Kedua-dua kumpulan akan diberikan aplikasi telefon yang sama tetapi pada masa yang berbeza.

6. Apakah produk penyelidikan yang akan saya terima?
Anda akan menerima aplikasi telefon yang merupakan produk kajian ini. Aplikasi ini amat menarik kerana ia melatih secara berperingkat cara senaman kemut yang ditunjukkan melalui video oleh pakar fisioterapi yang terlatih berkenaan senaman kemut semasa mengandung. Terdapat beberapa program di dalam aplikasi tersebut dirangka khas untuk wanita mengandung.

Tiada prosedur contohnya apa-apa ujian darah atau air kencing atau ultrasound diperlukan. Kajian ini adalah amat selamat dan jika anda merasa bimbang, sila tidak teragak-agak untuk menghubungi penyelidik atau pembantu penyelidik untuk maklumat lanjut. Aplikasi ini akan membimbing anda langkah demi langkah tentang bagaimana untuk melakukan senaman kemut.

7. Apakah yang terjadi sekiranya saya bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini?
Kami mengucapkan terima kasih kerana menyertai kajian ini secara sukarela. Kami ingin menekankan bahawa kajian ini akan melibatkan latihan senaman otot lantai pelvik. Sekiranya anda tergolong di dalam kumpulan intervensi, anda akan menerima aplikasi telefon untuk melatih anda melakukan senaman otot lantai pelvik melalui aplikasi telefon. Sekiranya ada tergolong di dalam kumpulan kawalan, anda akan menerima pautan untuk menjawab soalan-selidik atas talian dan menerima aplikasi senaman semasa bulan ketiga berpantang.

8. Bilakah saya akan menerima produk penyelidikan dan bagaimana cara menyimpannya?
Anda akan diberikan produk penyelidikan ketika anda bersetuju menyertai penyelidikan ini. Anda tidak boleh memberi aplikasi telefon tersebut kepada orang lain. Kakitangan penyelidikan ini akan menerangkan kepada anda cara-cara mengendali dan menyimpan produk tersebut.

9. Apakah tanggungjawab saya sewaktu menyertai penyelidikan ini?
Tanggungjawab anda semasa menyertai kajian ini:
1. Muat turun pautan yang disediakan selepas menandatangani borang kebenaran.
2. Mengikuti arahan-arahan yang dikemukakan.
3. Membuat penilaian jujur dengan jawapan yang diberikan untuk membantu penambahbaikan (sekiranya perlu) aplikasi ini digunakan oleh wanita mengandung dan sedang berpantang di masa akan datang.

10. Apakah jenis rawatan yang akan saya terima selepas menyertai penyelidikan ini ?
Produk penyelidikan akan diberikan kepada anda selepas tamat tempoh penyelidikan. Doktor anda akan berbincang dengan anda mengenai rawatan alternatif yang terbaik untuk rawatan anda di masa hadapan sekiranya perlu.

11. Apakah risiko dan kesan-kesan sampingan menyertai penyelidikan ini?
Kajian ini membawa sedikit risiko kerana anda mungkin berasa bimbang ketika menjawab soalan, atau ketika menggunakan aplikasi tersebut. Namun, pihak penyelidik menyediakan nombor pegawai untuk dihubungi sekiranya terdapat masalah teknikal. Kami menjangkakan kajian ini lebih memberi manfaat disamping tiada sebarang risiko atau risiko yang sangat minima kepada anda. Sekiranya anda dapati sebarang rasa tidak selesa, anda boleh terus maklumkan kepada doktor semasa lawatan klinik antenatal.

12. Apakah manfaatnya saya menyertai kajian ini?
Manfaat bagi kajian ini, adalah keputusan kajian akan digunakan untuk membangunkan cadangan-cadangan baru mengenai cara-cara untuk meningkatkan penjagaan pranatal oleh Kementerian Kesihatan. Hasil daripada kajian juga akan menambahkan maklumat terperinci untuk meningkatkan kualiti aplikasi kepada penjagaan wanita mengandung, juga bermanfaat buat warga emas atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah terkucil. Dengan memuat turun aplikasi ini, ia akan mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya senaman kemut.

13. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tercedera semasa menyertai kajian ini?
Kajian ini adalah selamat dan tidak invasif, tidak melibatkan mana-mana produk biologi atau darah, oleh itu tiada penambahan risiko fizikal. Namun, anda dinasihatkan bertemu doktor di klinik berhampiran sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan seperti biasa.

14. Apakah rawatan alternatif lain sekiranya saya tidak menyertai penyelidikan ini?
Anda boleh melakukan senaman kemut secara kumpulan atau bersama pakar fisioterapi atau mana-mana pegawai terlatih.

15. Siapakah yang membiayai penyelidikan ini?
Kajian ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Universiti Putra Malaysia yang akan membayar semua produk penyelidikan yang berkaitan.

16. Bolehkah penyelidikan ataupun penyertaan saya ditamatkan lebih awal daripada yang dirancang?
Anda dibenarkan untuk menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa sebarang alasan kerana kajian ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda menarik diri secara sukarela, segala maklumat anda tidak akan disimpan dan akan dimusnahkan Anda perlu diingatkan bahawa anda perlu menjalani susulan antenatal atau posnatal anda seperti biasa.

Anda juga dibenarkan untuk menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa sebarang alasan kerana kajian ini adalah secara sukarela. Anda perlu diingatkan bahawa anda perlu menjalani susulan antenatal atau posnatal anda seperti biasa.

17. Adakah maklumat perubatan saya akan dirahsiakan ?
Ya. Pembantu Penyelidik adalah seorang profesional yang terlatih dan kami akan memastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan dan dilindungi sepanjang masa. Semua maklumat peribadi anda dengan menggantikan kod yang unik sebelum dimasukkan ke dalam pangkalan data kajian. Untuk menjamin kerahsiaan anda dalam ini melibatkan kajian, ahli pasukan penyelidik tidak akan mempunyai apa-apa akses kepada data dan rekod perubatan. Hal ini sangat penting sebagai langkah penting untuk mencipta dan mengekalkan tanpa nama peserta.

Dengan menandatangani dokumen persetujuan ini, pihak kami akan membincangkan/menerbitkan keputusan kajian dalam bentuk laporan kepada badan pembiayaan untuk memantau tujuan jurnal, persidangan atau forum profesional lain. Tiada maklumat peribadi akan dikongsi dalam apa-apa cara dan anda tidak dapat dikenalpasti. Anda akan dimaklumkan secara automatik hasil kajian kerana ia akan 'memantau kemajuan'.

18. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan?
Anda boleh menghubungi doktor penyelidikan ini Dr Aida Jaffar pada sambungan telefon 0176776768 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelidikan ini atau jika anda mengesyaki anda mengalami kecederaan yang terhasil daripada penyelidikan ini dan anda mahukan maklumat tentang rawatannya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda sebagai peserta dalam penyelidikan ini, sila hubungi:

JAWATANKUASA ETIKA & PENYELIDIKAN PERUBATAN
MEDICAL RESEARCH & ETHICS COMMITTEE)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH),
No.1, Jalan Setia Murni U13/52,
Seksyen U13 Bandar Setia Alam,
40170 Shah Alam, Selangor.
No.Tel: 03-33628407/ 33628205/ 33628888

BORANG PERSETUJUAN/ KEIZINAN PESERTA

Tajuk Penyelidikan : Keberkesanan Aplikasi telefon pada Latihan Otot Lantai Pelvik untuk meningkatkan kawalan air kencing di kalangan wanita mengandung.

Dengan menandatangani di bawah, saya mengesahkan bahawa :
- Saya telah diberi maklumat tentang penyelidikan di atas talian dan saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang diberikan dalam risalah ini.

- Saya telah diberikan masa yang secukupnya untuk mempertimbangkan penyertaan saya dalam penyelidikan ini dan telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan semua persoalan saya telah dijawab dengan sempurna dan memuaskan.

- Saya juga faham bahawa penyertaan saya adalah secara sukarela dan pada bila-bila masa saya bebas menarik diri daripada penyelidikan ini dan semua maklumat saya akan dihapuskan. Penarikan diri saya sama sekali tidak akan menjejaskan rawatan perubatan saya pada masa akan datang. Saya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana penyelidikan lain pada masa ini. Saya juga memahami tentang risiko dan manfaat penyelidikan ini dan saya secara sukarela memberi persetujuan untuk menyertai penyelidikan ini di bawah syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas. Saya faham saya harus mematuhi nasihat dan arahan yang berkaitan dengan penyertaan saya dalam penyelidikan ini daripada pembantu penyelidik.

- Saya faham bahawa kakitangan penyelidikan, pemantau dan juruaudit terlatih, pihak penaja atau gabungannya, dan pihak berkuasa kerajaan atau undang-undang, mempunyai akses langsung dan boleh menyemak laporan perubatan saya bagi memastikan penyelidikan ini dijalankan dengan betul dan data direkodkan dengan betul. Segala maklumat dan data peribadi akan dianggap sebagai SULIT.

- Saya menerima satu Salinan lembut ‘Risalah Maklumat Peserta dan Borang Persetujuan atau Keizinan Peserta’ yang telah lengkap dengan tarikh dan tandatangan.

Signature

© Copyright 2021. All rights reserved.